Wednesday, July 18, 2012

Petua Rasulullah s.a.w


buat yang menghidap penyakit kronik :-

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.





by UZM

Tuesday, July 10, 2012

ada apa dengan 786?

 

786 sangat popular di India dan juga Pakistan dalam penulisan surat dan dijadikan ganti kepada "Bismillah" kerana ingin menjaga kesuciannya

Kebanyakan kedai mamak mempunyai logo yang hampir sama.

Ada bulan, bintang dan nombor 786. Bulan dan bintang adalah lambang Islam

Tapi apa maksud 786?

Banyak kali saya bertanya kepada kawan-kawan akan maksud 786 tersebut.

Banyak yang jawab, tak tahu, entahlah...

Ada yang kata, itu adalah nombor persatuan dan sebagainya.


Ada juga kawan-kawan yang cakap 786 itu adalah Basmallah.

Tapi dimana 'Basmallah'nya?

Akhirnya saya berjaya menemui jawapannya dan izinkan saya untuk berkongsi pengetahuan itu di sini.

Pengetahuan ini adalah mengenai ilmu abjad yang mana ayat atau perkataan dalam al-Quran digantikan dengan nombor.

Tujuan digantikan ayat atau perkataan dengan nombor adalah untuk, meringkaskan ayat-ayat yang panjang, memendekkan masa menulis, dan yang paling penting sekali pada pandangan saya adalah, untuk menghormati ayat-ayat Allah.

Maksud menghormati itu adalah supaya ayat-ayat al-Quran yang digunakan untuk tujuan-tujuan yang tertentu tidak di bawa ke tempat-tempat yang dilarang atau dibuang merata-rata.

Sebaliknya yang dibawa adalah nombor-nombor yang digunakan sebagai ganti ayat-ayat al-Quran tersebut.

Ilmu abjad ini adalah sebahagian ilimu ta'widh atau azimat dalam amalan Sufi Chishtiyyah dari India.

Ajaran menggunakan kod nombor sememangnya berasal dari India.

Adalah dikhuatiri bahawa amalan ini adalah salah dari segi agama dan tidak ada satu nas al-Quran dan hadis yang membenarkan al-Quran dibaca menggunakan kod nombor.

Sistem kod ini asalnya adalah digunakan dalam kaedah mencari keserasian antara lelaki dan wanita yang ingin mencari pasangan,kaedah ini amat terkenal dan terdapat dalam kitab lama seperti Tajul Muluk dan juga beberapa buku-buku ilmu hikmat yang lain.

Alasan untuk menjaga kesucian ayat al-Quran dari tercemar dengan diganti dengan sistem kod adalah tidak munasabah.

Kaedah menjaga kesucian al-Quran adalah melalui hafazan,ini kaedah asal yang diajar oleh Nabi s.a.w dan ditulis oleh beberapa orang penulis wahyu Rasulullah saw.

Tidak pernah ada satu buktipun yang menunjukkan bahawa Nabi saw menyuruh menggantikan ayat dengan kod nombor.

Wallahu a'lam