lama x jengok blog sendiri
terasa pelik dan kekok
x tahu kenapa
*
*
*
*
*
*
tadi buka muka buku
dan ternampak post seperti ini
****
RAHSIA PERANGAI ANAK
♥ Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi
tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan
adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai
membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
♥ Anak Tengah
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain.
Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka
adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik
yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal
mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung
atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah
dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang
terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah
♥ Anak Bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat
tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan
sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain
mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk
melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya
dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka.
Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup
mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu
memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri.
♥ Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang
beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka
satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh
tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada
persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu
bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka
saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan
menggalakkan.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* sering merasakan diri mereka kesunyian.
* lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
* lebih bijak bergaul.
* lebih cepat matang.
* terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
* sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
hijau anak tengah
anda pulak?
p/s****sekarang terasa di pinggir sahaja...hmmm****
No comments:
Post a Comment